Rabu, April 29, 2009

CERITA LUCU

SURAT PUTUS CINTA
Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!
The true,Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:
CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN



HARI YANG BURUK
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.



PANADOL
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi... Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?". Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...".



SALAH TAFSIR
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2." Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??" Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

'UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...'



KENAPA CHEWING GUM KENA BANNED KAT SINGAPORE
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?



DATANG BULAN
Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "
Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik. Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

Selasa, April 28, 2009

MARSYA DEMAM :(

sabtu lepas rase badan acha panas...mungkin nak demam sebab ari tu dia berendam dalam kolam lame.....hishhh baby lak nak g langkawi :( ....... ari ahad hantar baby kat tol slim sebab bas masuk kat tol behrang.....tak pasal2 baby kene jalan jauh nak tunggu bas, ape le salahnye masuk tol slim??? ari isnin badan acha bertambah panas dan aku dah amek ubat kat klinik. dia tak nak makan ape pun, tido aje waktu siang bile malam aktiv pulak....main beskal, tengok tv, lukis2 :) bile tanya abah mane, dia cakap keje...jangan le cakap g langkawi sure dia marah2 sebab jeles tak dapat naik bot :) ..... ok mumyy sayang acha muahhh......

Jumaat, April 24, 2009

CUTE NYE....

LAST WARNING!!

tolong ler jangan sedap2 mulut bercakap dan menuduh orang tanpa tanya tuan punya badan ok....dah dua kali tuduh aku cam tu tau....ikut sukati jer nak cakap aku tak amik tindakan yer...ko kat sane aku kat sini, ape yang ko nampak aku wat keje kat sini?? lain kali selidik dulu baru cakap....ha pandai lak diam bile aku bersyarah (rase besalah le tu) ....aku paling pantang bile benda cam ni jadi tau!!! aku tak tau nak warning cam ne lagi kat spesis cam ni....jangan ingat ko orang besar, berpangkat, berpengaruh ko bagus dan sumenye betul....sori skit yer....aku ym ngan baby cakap pasal ni, dia tak abes2 soh bersabar dan wat kerje sbb ibadah....ishhh kalo ikut hati ler......pas ni kalo cari pasal ngan aku lagi cari s/u lain faham!!!!

Khamis, April 23, 2009

BOLING THE MINES

ari isnin lepas main boling kat the mines mula kul 11 pagi sampai 5 petang.....tak ke lame tu??? aku tak kesah sebab time tu aku g jalan2 ngan marsya beli buku n mainan acha. baby kalah...individu dapat no 20 dari 70 orang dan untuk team dapat no 7 dari 18 team...ermmm tak pe bleh cube lagi ok....
paking kat the mines....murah rm 1 jer dari pagi sampai petang...kalo kat sogo mau rm 15....
tangkap dari kete jer :) ....nak pegi dah letih....


time nak balik jemmmmm




team baby 'layan zazs'.....dianggotai oleh Prof. Zaihiee, Dr. Halim, Aril n Baby..... dapat no 7 dari 18 team ermmm skit lagi nak dapat hadiah......















p/s - ni singgah makan kat batang kali...boleh tahan la makanan dia...harga pun murah....bleh datang lagi ni....

baby letih main bolling, dah le kalah.....


Acha gedik :)


ni abah punya


ni acha punya


ni mummy punya

Rabu, April 22, 2009

PUTRAJAYA

ni masa kat rumah abang ipar kat desa pinggiran putra.....cantek lak tengok laman umah dia....


danny yang penakut


acha tinggi yeaa...


diky yang nganda2.....


marsya n abah yang tak mandi lagi hehe






Selasa, April 21, 2009

...UMRAH...

SK cerita dia g buat umrah jumaat lepas (17/4) .......... so dia send le pic ni kat aku sebab dia tau yang aku tak penah pi sane, macam aku tak penah nengok kat tv lak :) dan yang pasti pic orang yang ramai2 tu memang sah bukan dia hehehe......





Jumaat, April 17, 2009

...KHABAR ANGIN YANG TAK BETUL...

tadi sembang dengan sorang ketua kampung ni....dia cerita ler tu ari jumpa orang kuat PKR pastu orang tu bagi tau kat dia yang DUN behrang ni akan dibubarkan dan buat pilihanraya baru. aku tau sape yang mulut kepoh dok wat cerita tu......pandai2 jer....aku terus call SUK ipoh tanya orang sane betul ke cerita ni....dah jawapan TIDAK same skali....kalo kate ade pilihanrya yang baru, bukan setakat DUN behrang jer yang kene wat, tapi sume DUN iaitu satu perak kena buat balik.....hishhh tak kuase aku nak pi mengudi ni......undi AF bleh ler hehehe tu pun bukan nye undi membazir duit jer........
keputusannye 7 mei 09 (khamis) yang dipertuan dah berkenan untuk panggil sume yang terlibat untuk mengadap dan wat mesyuarat.....kepada orang yang suke tikam dari belakang tu padan muke :) jangan mimpi nak jadi ADUN kalo perangai macam tu, rakyat pun tak sokong ko ler...... sebenarnye aku bukan paham sangat ngan bab politik ni tapi secara tak langsung kene gak amik tau dah bos wakil rakyat kene le faham skit2....skit2 bleh ler, banyak2 sori wat sakit kpala jer sebab politik ni kotor (banyak putar belit)......nasib baik laki aku terror bab politik ni :) ape2 hal tanya jer dia, sepatutnye laki aku tu keje sebagai pengasas politik jer hehehe baru padan....bak kate dia "TAKBIR" dan aku balas "HIDUP UMNO" hehehe :)

Khamis, April 16, 2009

-: FADINAS FAMILY :-

CALON :) ......

mungkinkah akan terjadi??? ................ ermmm tak tau (kate marsya) hehehe :)
Marsya


farzan

GAMBAR LAMA PART 2





















kat KFC....


birthday acha.....