Isnin, Ogos 22, 2011

-HAPPY BIRTHDAY MARSYA-

semalam 21 ogos 2011 hari jadi marsya yang ke-5.....haaaa anak aku dah 5 tahun rupenye, cepat sungguh masa berlalu......mummy & abah akan sentiasa doa yang anak mummy akan diberi kesihatan yang baik, dilindungi oleh NYA, diterangkan hati supaya menjadi orang yang berguna dan paling penting menjadi seorang yang solehah hendaknya......amin......
& yang pasti lepas ni kompom soalan cepu emas orang akan tanya aku, tambah nak raya ni jumpa ramai orang sah2 soklan ni femes..... 'bile nak tambah' / 'tak kan x nak tambah lagi' / 'marsya tak nak adik ke' ..... ikhlas aku cakap aku rimas dengan soklan2 macam tu!!!! sah2 le aku nak anak lagi tapi nak wat cam mane, dah setakat ni memang rezeki aku dapat anak sorang je. aku heran dengan setengah orang ni, kadang2 isu macam ni pun nak diperbesarkan, fikir le balik soal anak ni anugerah tuhan so tolong lah jangan pertikaikan!!!!
eh eh ter 'emo' plak aku petang ni ye :) semoga di bulan yang mulia ni, DIA memakbulkan doa ku & insan2 yang lain....AMIN....


tu dia posing ngan hadiah nye.....


wahhhh besar nye....ape le isi dia erk....


tarraaaaaa burger & zirafah!!!!!


memang x salah pilihan mummy & abah....suke sangat dia.....


sentiasa dalam pelukan!!!! elehhh kejab aje tu....esok abeh tak mane campaknye :)

Tiada ulasan: